Wednesday 1 February 2012

Rancangan Pelajaran Harian

Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 1 Pendidikan Khas

 Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas                 : 1 Pend.Khas

Tajuk                :  Bunyi haiwan
Masa                :  60 minit
Hari                 :  8 Jan.2012 
Standard pembelajaran : 1.1.4 Mendengar dan bergerakbalas terhadap bunyi haiwan.
                                         1.2.3 Mengecam dan menamakan bunyi haiwan.
Nilai                :  Kesungguhan
Elemen Ditambah    :    Teknologi dan komunikasi
BBM                 : media, lembaran kerja, replika binatang
Objektif : Pada akhir pelajaran murid dapat:
1.   Menamakan 5 jenis haiwan dengan betul.
2.   Membunyikan 5 jenis haiwan dengan betul.
Aktiviti :
Set Induksi      :   Murid mendengar lagu "Saya ada kuda" dan bernyanyi bersama guru





Langkah 1  : Guru membuat perkaitan lagu dengan tajuk pelajaran.  Guru bersoaljawab dengan murid.
(10 min)       Bernyanyi bersama murid.

Langkah 2 :  Guru menunjukkan replika haiwan dan meminta murid membunyikan bunyi haiwan yang
 (10 min)      ditunjukkan
                     i. ayam, ii.  kucing,  iii. lembu,  iv. kambing, v. itik.

Langkah 3 :   Murid mendengar bunyi haiwan dan menamakan haiwan tersebut.
(15 min)


Langkah 4 :   Murid memadankan gambar haiwan yang sama  pada papan putih.
                     Mewarnakan gambar haiwan
(10 min)

Penutup  :    Murid dan guru menyanyi lagu "Saya ada kuda" bersama-sama sambil membuat aksi 

                    menunggang kuda.